Sunday, March 5, 2017
Ayam goreng berempah
Potong ayam besar2,slalu sy potong 4,
Bahan kisar;
Bawang besar 1bj,
Bawang putih 3 ulas,
Halia,lengkuas 2 inci,
Cili kering/serbuk cili,
Serai 3 batang,
Ketumbar 1 sudu,
Buah keras 3bj,tak letak pun boleh,
Blend semua bahan tu dgn 2biji telur dan air asam jawa,klu blh jgn masuk air langsung sbb kita taknak ayam tu berair sgt,
Perap ayam tu dgn bahan yg dikisar tadi, masukkan serbuk kari 1sudu,garam,daun kari sikit, secubit gula,1sudu tepung beras dan 1 sudu tepung jagung,sedikit bahan perasa contohnya hilal/aji/cukup rasa/pasti sdp etc..
Perap 30minit, satu malam lg umphh..
Goreng dgn api sederhana,tutup dgn penutup periuk masa mula2 goreng.. 2-3 minit sblm angkat kena buka tutup periuk.. Kaedah ni untuk dapatkan ayam yg rangup tp berjus didalam..
Untuk dapatkan serat yg garing tu, bila dah siap goreng smua ayam.. Amik serdak2 yg tinggal dan goreng dgn api sederhana, masa tgh goreng tu.. Kacau2 serdak tu supaya dia x bergumpal atau berketul.. Bila dah garing..angkat..tus..dan tabur pada ayam goreng tadi..
Nota ringkas# lepas goreng ayam, rehatkan ayam tu lebih kurang 5-10minit sblm dipotong,sbb kita xnak ada darah yg keluar lepas potong ayam tu.
Selamat mencuba
L
0 Response to "Ayam goreng berempah"
Post a Comment