Friday, March 10, 2017
Kerang masak rendang
KERANG MASAK RENDANG
Bahan-Bahan
1 kg kerang direbus - ambil isinya
1 sudu besar rempah kari BABAS
1 keping asam keping/asam gelugor
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
1 1/2 cawan pati santan
bahan perasa
minyak untuk menumis
daun kunyit dihiris halus
BAHAN UNTUK DIKISAR :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 batang serai
20 tangkai cili padi
Cara-cara Menyediakan
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan kesemua bahan yang dikisar dan tumiskan sehingga wangi.
Kemudian,masukkan rempah kari serta santan dan masak sehingga kering sedikit.
Masukkan pula kerang dan kacau rata.
Apabila rendang menjadi kering,masukkan pula kerisik serta bahan perasa.
Akhir sekali,masukkan daun kunyit dan gaulkan rata sehingga kering.
👌hokey siap d hidang
0 Response to "Kerang masak rendang"
Post a Comment