Sunday, March 5, 2017
Resepi paru goreng berlada
Siapa peminat paru goreng berlado...
Kasi 👍 sikit...
#Alhamdulillahsyukur...
#Dapurmamahusna
-Resepi paru goreng berlado-
Bahan rebus
Setengah kilo paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam
Bahan tumbuk
9-10 tangkai cili merah@cili padi@cili kering(terpulang pd masing kalau nk pedas)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Bahan lain
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping(guna asam jawa pun bole)
Serbuk kunyit
Cara cara:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit dan biarkan seketika.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.
Ok siap da bole makan...😀😀
P/S: kalau nak paru kekal rangup biarkan sambal yg dimasakkn sejuk dulu..
Baru bole masukkan paru...
selamat mencuba sahabat..✌✌✌
Trimakasih atas perkongsian....
ReplyDeleteDah Cuba.....mmg mudah tp ummmm mabeles
resepi paru sedap ni, mohon share ye :)
ReplyDeleteAwesome... thanks
ReplyDelete