Ayam Masak Merah .... :-)
Hujung minggu begini....mmg seronok dan happy masak bersama keluarga tersayang....
Ini untuk hidangan seekor ayam.... ( 1.5kg) boleh potong 16 ya...
Bahan bahannya...
1)Lada besar 6tangkai ( oleh kerana saya kurang makan pedas maka saya gunakan lada merah besar buang bijinya terlebih dahulu)
2)lada kering 2 tangkai
3)Tomato 1/2 biji
4)Jintan halus 1/2 sudu
5)Ketumbar 1 sudu
6)Serai 4 btg.. ( 2 blender dan 2 titik)
7)Bawang besar yang sedang ( 2 blender 2 hiris)
8)Halia 1cm
9)lengkuas 1cm
10)Bawang putih 4Biji
Kisar semuanya....
Bahan tambahan: gula melaka dan cili sos LIFE sedikit...
Bahan hiasan: salad /tomato / timun
Kisarkan bahan di atas... Kemudian panaskan sedikit minyak...dan tumis bahan kisar sehingga...naik minyak... Titikan serai... Masukkan sedikit gula melaka.... Masukkan Garam secubit.... Lalu ayam yang telah di goreng di masukkan dlm bahan yang telah di kisar dan di tumis.... Masukkan gula melaka sedikit.... Dan akhir sekali sos cili....
Gaul rata dan siap utk di hidangkan..
perasakan dengan garam gula melaka....
Selamat mencuba ya sahabat sahabat...
semoga bermanfaat untuk semua....
alhamdulillah.
terima kasih....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi ayam masak merah"
Post a Comment