Friday, March 3, 2017
SAMBAL SOTONG MUDAH
SAMBAL SOTONG MUDAH
Bahan-bahan:
1/2kg sotong - potong bulat-bulat comel
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
2 sudu sos tiram
3 biji bawang besar - dikisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Minyak - untuk menumis
Cara:
1. Sotong digoreng dengan minyak sehingga garing. Angkat sotong dan toskan.
2. Tumiskan bahan kisar yang diblender hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan jus asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan juga sos tiram. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi, kacau rata dan masak sekejap.
5. Rasa untuk masin dan manisnya. Dah ok semuanya angkat dan boleh dihidangkan.
0 Response to "SAMBAL SOTONG MUDAH"
Post a Comment